Melacur dimaafkan jika DARURAT
I hardly listen to any of her talk but family in law aku balik balik asyik sebut nama dia jer. Balik kampung pun semua citer Dr Mashitah. Kira-kira menantu idaman mak bapak ler ni.
Her advice in Harian Metro dated 19 June 2005 CLICK HERE was OUTRAGEOUS.
Pihak pembangkang tengah melompat macam kera kena belacan le sekarang ni, di hyperlink pulak dengan issue Kondom dengan jarum cocok percuma ..... panassssss.....
Darurat sangat kah di Malaysia ni?
(To reduce picture size, aku copy the text here..........)
Jual diri kerana terdesak
SAYA sering membaca kisah wanita (terutama ibu tunggal) yang terpaksa menjual diri untuk membesarkan anak. Punca pendapatan ini secara terang adalah haram.
Persoalannya, adakah kehidupan dan pendidikan anak yang membesar dengan wang begini akan mendapat keberkatan Allah? Adakah anak yang mengetahui pekerjaan ibunya tetapi masih menggunakan wang itu akan turut berdosa? Dan bagaimana pula hukumnya jika wang itu digunakan untuk membayar zakat fitrah?
RAZIN
Kuala Lumpur
JAWAPAN DR MASHITAH
HUKUM di dalam Islam berbeza mengikut keadaan seseorang.
Mengikut istilah yang dipakai di sini, iaitu ‘terpaksa’, membayangkan wanita berkenaan terdesak melakukan perbuatan dilarang dan bukan dengan kehendak hatinya.
Dia terdesak berbuat demikian demi menyelamatkan anak dan memberi makan.
Perkara dilakukan dalam suasana darurat terlepas daripada hukuman biasa.
Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram, tetapi jika terdesak dan darurat ia dimaafkan.
Di sinilah timbulnya tanggungjawab masyarakat untuk membantu.
Orang terdesak dan darurat tidak mungkin mampu membayar zakat fitrah, bahkan dia tergolong layak terima fitrah.
Jika sampai ada lebihan, bererti dia sudah tidak darurat.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home