============================================================ ============================================================

Prince Of Darkness

See No Evil * Hear No Evil * Talk No Evil

My Photo
Name:
Location: Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

I am a 32 years old Malaysian, a mindless activist, a lover, and a father, who found macho relish in danger and felt driven to prove manhood by confrontation.

Wednesday, November 09, 2005

Kisah Seekor Kancil


Selepas menyepak anjing anjing buruan Parameswara di Melaka, Kancil bercadang untuk merantau ke utara semenjung. Perjalanan meredah hutan belantara sungguh memenatkan.

Walaupun Kancil terkilan kerana highway belom ada, namun Kancil bersyukur kerana tidak perlu bayar toll.

Sebaik sahaja sang Kancil menuruni Banjaran Titiwangsa, beliau berhenti melepak di sebuah pohon beringin. Tiba-tiba lintas di hadapan nya bayangan kelibat seekor binatang.

Kancil kehairanan kerana ini kali pertama beliau melihat bintang aneh ini. Rupa macam anjing, terasa macam nak sepak pulak, tapi kecil dari anjing. Nak kata kucing, besar lak dari kucing.

Kancil menegur, "Lu sapa?"

Haiwan aneh tu menjawab..... "Gua Musang"

Maka termaktub lah sehingga kini nama Gua Musang, di Kelantan.