Barang Naik $
Pi mai pi mai, dengar pulak harga cili naik....Ramai tertanya sebab apa harga ayam naik. Pembeli kata peruncit, peruncit tuding jari kat pemborong, pemborong lak tuding jari kat penternak. Kat mana silapnya?? Sebenarnya tak ada salah silap !! Benar ada pihak mengambil kesempatan tapi salah ke? Sejak bila mengambil kesempatan itu satu kesalahan. Public yang kecoh sana sini berteriak kenapa harga barang naik bila masuk musim perayaan, sedangkan masa lain harga rendah saja.
Ok la.. kita kena akui tak semua orang berkesempatan belajar ekonomi. Malah scientist dan para doktor pun kebanyakkannya buta ekonomi. Inikanpula makcik makcik dan pakcik pakcik kita. Pada asasnya, mana mana ceruk dunia pun, harga asas di tentukan oleh permintaan dan pengeluaran. Permintaan melebihi pengeluaran menyebabkan kenaikkan harga, begitu sebaliknya. Bukan namanya mengambil kesempatan atau nak kaya cepat tapi untuk mengawal ekonomi secara sistematik.
Bayangkan apa akan jadi sekiranya harga ditetapkan tidak mengikut sistem ini. Permintaan yang bertambah, tapi harga makin rendah (ambil contoh ayam), apakah implikasi terhadap ekonomi dan kemasyarakatan?
1) Orang ramai akan kurang membeli ikan dan daging, menyebabkan perugian penternak daging dan ikan, menjurus kepada penurunan harga ikan dan daging.
2) Bila ikan dan daging turun harga melepasi harga ayam, orang ramai beralih kepada ikan dan daging, maka peniaga dan penternak ayam akan terpaksa menurunkan lagi harga sehingga satu tahap tiada penternak mahu menternak ayam - ikan - daging bila usaha tidak lagi mendatangkan keuntungan.
3) Penternak kecil kecilan dan sederha terpaksa gulung tikar, dan yang tinggal penternak yang bermodal besar dan ini akan menjurus kepada sistem monopoli dan bila ini berlaku, harga akan melambung dan kerajaan tidak lagi mampu mengawal keadaan seperti mana minyak dimonopoli pengeluar timur tengah.
4) Implikasi terhadap kemasyarakatan, pabila peniaga berlumba menurunkan harga, akan sampai satu tahap wang anda tidak lagi bernilai.
Jadi seperti yang dinyatakan harga barang tetap naik selagi ada permintaan, menjadi tanggungjawap pengguna untuk berbelanja bijak. Bukan sampai tak nak makan ayam hanya kerana harga ayam naik, tapi yang penting ubah sikap memboros yang sering terjadi bila berbuka di bulan puasa.
Sebulan kemudian dikala permintaan mulai menurun, harga barangan pasti akan turun seperti sedia ada.
Apalah sangat kenaikan 70 sen sekilo bila seekor ayam dapat mengenyang seisi keluarga untuk 2-3 kali berbuka, sedangkala dimasa yang sama anak remaja kita menghabiskan beringgit malah ada puluhan ringgit menghantar sms "IN / OUT", "AFUNDI", "ON KAWAN", dengan kadar sekurang kurangnya 50sen per sms. Labih teruk lagi bila seisi keluarga turun mengundi..... wallahualam.
Sudahkan anda membayar zakat?
0 Comments:
Post a Comment
<< Home